
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini diberitahu bahawa seseorang telah sengaja mengunci tombol pintu dari luar bilik yang terbakar, lokasi mayat Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan ditemukan bagi mencipta satu “staged crime scene”.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari berhujah tidak mungkin tombol itu terkunci dengan sendirinya dari dalam memandangkan kebakaran tidak merebak ke pintu berkenaan.
“Kesan terbakar pada tombol juga sengaja dilakukan bagi memberi gambaran bahawa tombol itu terkunci disebabkan sambaran api kebakaran kerana tiada sebarang kebakaran pada pintu tersebut, hanya kesan jelaga sahaja.
Kesan terbakar pada tombol disebabkan oleh kebakaran dan ia merupakan persediaan untuk mencipta satu ‘stage crime scene’,”…