Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

SFMM37: “Tipulah Jika Saya Tak Tertekan” – Aina Abdul Gemuruh Bersaing Dengan Marsha & Ernie

today14 November 2022

Background

Penyanyi Aina Abdul bakal bersaing dengan dua penyanyi hebat, Ernie Zakri dan Marsha Milan di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37).

Mengakui dia merasakan kehangatan persaingan, Aina menghormati Marsha dan Ernie sebagai penyanyi yang lebih senior.

“Tipulah kalau kata tak pressure… Of course pressure, but their both rakan artis yang paling saya hormati.

“Mereka memulakan perjalanan mereka lagi awal daripada saya, jadi saya antara junior atau boleh dikatakan rakan artis yang selalu looking forward to their project,” katanya.

Tambah Aina, dia akui teruja dan turut berasa gementar kerana ramai yang selalu membandingkan mereka bertiga.

Namun, bagi Aina, ini adalah satu adat pertandingan dan dia hanya mahu menyanyi dengan baik dan tenang.

“Saya excited dan juga nervous sebab saya tahu di luar sana orang selalu compare kami bertiga.

“Tapi bagi saya itulah adat pertandingan dan I’m good with them.

“I just wanna sing dengan baik dan tenang,” akhiri Aina.

Untuk info, SFMM37 akan diadakan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang – 6.00 petang) dan 26 November 2022 (pukul 3.00 petang – 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

Written by: Salma