Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sharnaaz Ahmad Tempelak Azhar Sulaiman Isu Palestin

today31 October 2023

Background

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad antara yang lantang menyuarakan pendapatnya mengenai isu bergolak yang sedang menimpa saudara kita di Palestin.

Malah, dia merupakan artis yang berani tampil menegur tindakan pelakon Azhar Sulaiman yang kelihatan mempertikaikan strategi perjuangan pejuang-pejuang Hamas dan Al-Qassam dalam menentang pihak zionis.

Menurutnya, apa yang dibincangkan Azhar menerusi platform media sosialnya itu tidak sepatutnya berlaku, memandangkan golongan pejuang ini sedang bertungkus – lumus mempertahankan tanah Palestin.

Bahkan, Sharnaaz juga menyifatkan Azhar seperti budak TikTok yang tidak bijak dalam mempersoalkan isu tersebut.

“Apa maksud abang? Saya perhati setiap je setiap mesej abang. Mereka (Hamas) berjuang untuk agama. Kita tekan handfon dan menilai strategi mereka?

“Saya cukup hormati abang dan akan selalu berbuat begitu. Tapi Β tolong beri sokongan dan doa, itu sudah cukup.

“Apa maksud abang fakta bahawa Israel tak akan kalah sehingga Imam Mahdi sampai kehidupan ni? Macam mana abang tahu? Percayalah sebab kita tak tahu pengakhiran kita.

“Hanya Islam yang boleh pertahankan Islam sekarang ni,” katanya.

Tidak habis di situ, aktor filem KL Gangster ini juga seakan kehabisan kata-kata apabila hujahnya seringkali dibidas Azhar.

Dan,Β  tindakan Azhar ini sekaligus membuatkan dirinya hilang rasa hormat terhadap pelakon senior itu.

“Abang boleh call saya dan berdebat pasal isu, ni. Tapi saya akan berdiri bersama pejuang-pejuang ini (Hamas dan Al-Qassam) kerana mereka mati kerana agama mereka.

“Kita ni belum tentu mati semulia mereka. Take note!

“Tapi ingat satu perkara, saya sudah hilang rasa hormat terhadap abang,” jelasnya.

Tidak berdiam diri dengan komen yang diberikan, Azhar juga tampil mempertahankan pendapatnya mengenai isu terbabit.

Baginya, apa yang ditulis dan dikongsikan itu adalah berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sekaligus menganggap perang ini akan berlanjutan dalam jangka masa yang panjang.

“By the way, Sharnaaz… berani betul awak kondem dan merendahkan intelektual saya, terima kasih bro.

“Saya seorang yang matang brother. Saya di sini hanya mempersoalkan kepimpinan mereka

“Allah tinggalkan kaum Israel pada kita… kaum lain semau dah dihapuskan. kenapa Allah tinggalkan mereka pada kita? Kalau nak tahu lebih boleh tengok Youtube,” ujarnya.

Dalam hantaran yang berlainan pula, Azhar sekali lagi tampil memberikan penerangan mengenai isu ‘panas’ tersebut sekaligus memohon maaf sekiranya da pihak yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Bagaimanapun, rata-rata dalam kalangan netizen kekal dengan pendirian tidak bersetuju dengan hujah yang diberikan dan melabel dirinya sebagai ‘palatao’ .

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

 

Written by: Aqilah


Previous post