Video muzik rasmi “Tiada Dirimu”, buah tangan terbaharu Shila Amzah berjaya mencatat 400,000 tontonan selepas ia dimuatnaik ke laman YouTube beberapa hari lalu.
Selepas lebih 6 tahun, penyanyi yang telah menempa nama di beberapa negara termasuk China, Hong Kong dan Taiwan kembali dengan lagu terbaharu yang lama dinanti-nantikan peminat.
https://www.instagram.com/p/ByUE_IajtLy/?utm_source=ig_embed
Lagu terbaharu “Tiada Dirimu” merupakan ciptaan gandingan finalis AJL 33, komposer Farouk Roman dan penulis lirik, Amylea. Farouk Roman dan Rudy Nastia turut bertindak sebagai Penerbit lagu ini.
Menariknya, lagu terbaharu nyanyian Shila ini, ia dipilih menjadi lagu tema utama drama rantaian ‘Cari Aku Di Syurga’ lakonan Aeril Zafrel, Janna Nick dan Mimi Lana yang bersiaran dalam bulan Ramadan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.
Bagi Shila yang kini hamil anak sulungnya, merakamkan lagu terbaru ini memberikan pengalaman baru buatnya.
“Ini pengalaman yang sangat menarik sebab saya boleh rasa bayi dalam perut bergerak. Dalam masa sama, ia agak mencabar juga kerana pada hari saya merakamkan lagu ini jadual kerja begitu padat.”
Selain itu, Shila mengakui sudah lama mengikuti perkembangan Farouk dan Amylea yang disifatkannya berbakat dan saling melengkapi dalam bidang penciptaan lagu.
https://www.instagram.com/p/ByHnZy3DrID/?utm_source=ig_embed
Shila turut memberitahu dirinya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana komposer sama ada yang baru atau lama.
Tahniah Shila, semoga segala urusan yang di rancang akan dipermudahkan..
Post comments (0)