Kali terakhir bergandingan pada tahun 2013 di pentas yang sama menerusi Anugerah Planet Muzik, penyanyi Shila Amzah memaklumkan dia sekali lagi bakal bergandingan bersama dengan Judika.
Perkara tersebut disahkan melalui laman Twitter miliknya yang turut menyatakan mereka akan mengeluarkan lagu duet yang berjudul Tentang Rahsia.
Senang banget bisa duet bareng kak @Judikajude 🙌🏼
Doain lagu kita #tentangrahsia bisa booming okee💪🏼
thank you @SonyMusicID@SonyMusicMY
Doakan supaya lagu ciptaan farouk roman Dan lirik oleh @amyleacrucial ini, akan diterima oleh semua penggemar musik Malaysia Dan Indonesia 🤲🏻 pic.twitter.com/23iwyLOqds— 茜拉 (@Shilaamzah) November 23, 2019
Penyanyi yang berusia 29 tahun itu turut memberitahu lagu berkenaan dicipta oleh Farouk Roman, manakala liriknya pula Amelia.
Sementara itu, lagu ini bakal dijadikan runut bunyi untuk drama rantaian Adellea Sofia lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz yang akan mula ditayangkan pada 6 Disember ini menerusi slot Akasi di TV3.
Sumber daripada: Twitter ShilaAmzah
Post comments (0)