Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Shila Amzah ‘Tutup Kilang’, Bimbang Risiko Bersalin Secara Pembedahan

today8 August 2024

Background
shila amzah hot

Penyanyi, Shila Amzah memaklumkan dia tidak mempunyai perancangan untuk menambah zuriat kerana bimbang akan risiko bersalin.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shila menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya di pautan Ask Me A Question bertanya mengapakah dia tidak mahu hamil lagi.

Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 33, menjelaskan dia enggan mengambil risiko memandang kedua-dua anaknya, Seth Uwais dan Rhea Akira lahir secara pembedahan (caesarian).

Shila Amzah

“Saya akan berusia 37 tahun dalam masa lagi tiga tahun kalau nak tambah zuriat, sangat berisiko untuk ada anak dalam usia macam tu.

“Lagi pula saya dah melalui dua kali pembedahan kecemasan.. Jadi cukuplah.. Dah sepasang,

“Kita nak anak-anak kita dapat 100 peratus perhatian semampu kita,” katanya.

Shila Amzah

Sekadar info, Shila mendirikan rumah tangga bersama personaliti media sosial, Ubaidillah MZ pada 5 Ogos 2023 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Shila sebelum ini pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 2018 namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 5.

Shila Amzah

Artikel Berkaitan: Kongsi Tanda-Tanda Autisme Anak Sejak Umur Setahun Lima Bulan, Shila Amzah Syukur Ubai Mainkan Peranan Sebagai Bapa Dengan Baik

Artikel Berkaitan: Reda Seth Uwais Disahkan Autism Tahap Satu, Shila Amzah & Ubai Teruskan Rawatan Untuk Anak

Written by: Aqilah


Previous post