Kepada penonton setia yang mengikuti rancangan I Can See Your Voice musim kedua, mesti masih ingat dengan peserta yang menggelarkan diri sebagai ‘Pembela Kebenaran’ atau nama sebenarnya, Ermizi Muhamad.
Jejaka yang muncul pada minggu 11 ketika artis jemputan adalah penyanyi Ajai ini dimaklumkan sudah kembali ke rahmatullah.
Berita hiba itu dikongsi menerusi laman Instagaram hos rancangan tersebut, Shukri Sahar.
https://www.instagram.com/p/B2T_ETWDNOo/
Turut sedih dengan berita tersebut, Shuk memaklumkan bahawa arwah yang bekerja sebagai wartawan telah pun meninggal dunia pada 11 September 2019.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..
Post comments (0)