Perkonsgian pelakon popular, Shukri Yahaya bersama ibu dan bapanya ternyata mencuri perhatian.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Shukri memaklumkan, itu adalah sebahagian daripada rutin harian ibu dan bapanya setiap kali mereka hendak keluar rumah.
Bagaimanpun, kali ini dia berkesempatan untuk bersama-sama ibu dan bapanya serta anak perempuannya keluar dan menaiki kereta bersama-sama.
“Buat yang rindukan mak ayah dia, ini lah selalu rutin video yang kami akan dapat setiap hari bila mereka nak keluar dan harini aku ada dalam video tu!,” katanya.
Dalam video pendek yang dimuat naik, aktor itu kelihatan terhibur mendengar celoteh ibunya yang memaklumkan bahawa tujuan perjalanan mereka adalah semata-mata hendak ke sungai.
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku itu sempat menitipkan ucapan dan doa agar kedua ibu bapanya serta pengikut yang menyaksikan video tersebut dikurniakan kesihatan yang baik.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet berasa sebak dan terhibur melihat video keluarga tersebut.
Bahkan, berpendapat bahawa usia bukanlah kayu pengukur untuk seseorang bermanja dan menjadi ‘anak kecil’ ketika bersama kelurga terutamanya ibu dan bapa.