Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Si Pencuri Dimandikan Di Tempat Jenazah

today14 May 2019

Background

Semalam, seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap orang ramai kerana disyaki memecah tabung surau sebelum diikat dan disiram air di atas tempat mandi jenazah.

Video tersebut tular di laman sosial termasuk menerusi akaun Facebook Apa Kes Pulak Ni ? yang memaparkan kejadian yang dipercayai berlaku di Surau At-Taqwa, Kampung Mulia, Sungai Tiram dekat Ulu Tiram itu.

Menurut  Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa, Kampung Mulia, Ramle Ahmat berkata, kejadian pecah tabung di surau berkenaan sudah beberapa kali berlaku selain kes curi beg tangan jemaah wanita ketika sedang menunaikan solat.

“Sebenarnya kejadian pecah tabung ini sudah kali kelima berlaku di surau yang sama sejak dua tahun lalu. Suspek yang tertangkap ini juga sudah cuba masuk dan pecah tabung surau pada 10 Mei lalu.
“Kami mendapat maklumat selepas melihat CCTV dan semalam, berlaku lagi orang yang sama buat, namun berjaya ditangkap oleh orang kampung serta Ahli Jawatan Kuasa (AJK) surau,” katanya.

Tindakan itu diambil jawatan kuasa surau terbabit dengan niat baik supaya memberi pengajaran kepada suspek agar tidak lagi mengulangi kesilapan sama.

Diharapkan semoga lelaki terbabit menyesal atas perbuatannya dan berubah ke arah kebaikan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Written by: Jay


Previous post

Geng Pagi Hot

Geng Pagi Hot FT Andi Bernadee – Don’t Dare (Parodi Puasa)

Tahun ini parodi puasa diteruskan lagi oleh Geng Pagi Hot. Kalau last year lagu Despacito ditukar lirik dan tajuk jadi Puasa Yang Yok yang dinyanyikan GPH bersama Khai Bahar dan Wani Harsita. Kali ni lagu Donde nyanyian Andi Bernadee pula jadi 'mangsa' dan Andi sendiri terlibat untuk projek suka-suka ni. Macam mana peginya lagu parodi puasa Don't Dare ni? Ni yang min nak ajak uols semua untuk tengok. Jom!

today14 May 2019

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *