Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

"Siapa Tak Rindu Nak Berlakon?"- Niena Baharun

today20 February 2019

Background


Nama pelakon, Datin Niena Baharun semakin dikenali selepas dia membawa watak Husna iaitu “wanita jahat dalam baik” menerusi drama Jangan Benci Cintaku di TV3.
Malah, Niena juga pernah dibenci netizen gara-gara melakonkan watak antagonis dalam drama tersebut yang turut menampilkan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson dan Amelia Henderson.

Namun, populariti Husna telah berjaya melonjakkan nama Niena Baharun yang dianggap berkesan dalam membawa karakter jahat.
Untuk pengetahuan, sepanjang penggambaran drama tersebut Niena sedang hamil anak pertamanya, selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan tempatan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi.

Sejak melahirkan putera sulung bernama Adiel Mikael, Nina sudah tidak lagi muncul di kaca televisyen.
Menerusi laman Instagram Niena baru-baru ini, dia berkongsi video anaknya selain turut meluahkan perasaan rindu untuk kembali ke set penggambaran.
https://www.instagram.com/p/BuDYEHzlyAr/

“Before this ramai yang tanya Niena bila nak masuk set? Tak rindu nak berlakon ke? Ada tawaran berlakon tak? Hmm.. Sape tak rindu nak berlakon, itu dah memang kerjaya kita.,” tulisnya.

Menurut Niena, dia ada terima tawaran berlakon tetapi memandangkan Adiel masih kecil, dia mahu fokus terhadap anaknya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan aktif berlakon.

“Ada tawaran tapi awal awal lagi Niena terpaksa tolak sementara sebab nak fokus dekat budak kecik ni. InsyaAllah kalau @adielmikael dah besar sikit, ada rezeki kita ONS,” katanya lagi.


Bila agaknya Niena akan kembali muncul di hadapan kamera ya?
Kita sama-sama tunggu okay.

Written by: Jay


Previous post