Pelakon kecil molek, Intan Najuwa tidak lama lagi akan tampil dalam drama terbaru iaitu Tuan Danial, membawa watak sebagai pembantu rumah.
Bakal bergandingan bersama Idris Khan dan Luqman Hafidz, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut berkongsi foto dan juga video pendek penggambaran drama berkenaan di media sosial.
https://www.instagram.com/p/Bzh8up8gyYz/
https://www.instagram.com/p/BzXghVjATgj/
https://www.instagram.com/p/BzNXF-2gwDJ/
Drama 13 episod ini bakal ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3, mengisahkan tentang cinta seorang wanita yang telah diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial. Wanita itu kemudian menyamar menjadi pembantu rumah, namun tidak pandai langsung membuat kerja rumah.
Bagaimana kisah cinta mereka terjalin? Sama-sama kita nantikan drama Tuan Danial!
Post comments (0)