
PETALING JAYA: Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan “tangan tersembunyi” yang terbabit dalam projek kontroversi kapal tempur pesisir (LCS).
Pengarah Eksekutifnya, Cynthia Gabriel berkata, SPRM sebahagian besarnya membisu berhubung projek RM9 bilion itu, dengan bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Ahmad Ramli Mohd Nor satu-satunya orang yang didakwa di mahkamah setakat ini.
“Ini amat mengecewakan kerana dia tidak boleh bertindak bersendirian, malah bukan individu utama dalam mendalangi skandal besar itu,” katanya pada sidang media.
Bulan lalu, bekas ketua tentera laut itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM21.08 juta.
BNS ditugaskan membina enam kapal…