
PETALING JAYA: Syarat mewajibkan pemilik dan pengusaha premis makanan dan minuman di Kelantan memiliki sijil halal untuk pembaharuan lesen perniagaan tidak akan membebankan, kata Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud.
Beliau berkata, ini kerana mereka diberi tempoh mencukupi termasuk diadakan kursus dan taklimat mengenai perkara itu.
Katanya, pelaksanaan syarat itu juga tidak dilakukan terburu-buru sebaliknya berperingkat yang mana setakat ini hanya Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mewajibkannya.
“Pengesahan halal sebenarnya bukan perkara membebankan, ia suatu pendidikan kepada rakyat untuk lebih menjaga kualiti makanan dan memberi keyakinan kepada pelanggan.
“Lagipun di Kelantan (sijil halal) hanya tertumpu di premis makanan dan minuman,…