Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sinar Ramadhan Untuk Amanda, Tampilkan Awal Dan Anak Down Sindrome

today25 April 2019

Background

Pelakon Awal Ashaari tidak lama lagi bakal tampil di Slot Cerekarama TV3 untuk sebuah drama terbaru menjelang Ramadhan.

Diberi judul Sinar Ramadhan Untuk Amanda, telefilem itu menampilkan Awal Ashaari sebagai watak penting bergandingan dengan kanak-kanak istimewa down sindrome.

Untuk pengetahuan, ini merupakan pengalaman kali pertama Awal berlakon dengan kanak-kanak istimewa.

β€œSebelum ini saya pernah berlakon dengan kanak-kanak normal, jadi sudah biasa. Namun, berbeza dalam telefilem ini yang mana menampilkan pelakon kanak-kanak istimewa yang di panggil anak syurga.

https://www.instagram.com/p/Bwg9vaVAU3O/

Menurut Awal, proses penggambaran bersama anak down sindromeΒ  tidak semudah yang disangka dan perlukan kesabaran yang tinggi kerana perlu mengikut ‘mood’ mereka.

β€œDiakui, bukan mudah menjayakan babak bersama. Disebabkan kita tidak biasa, jadi tidak tahu macam mana nak kawal. Mujur kedua ibu bapa adik Arissa ada di lokasi. Sedikit sebanyak mereka membantu.

β€œDifahamkan, ‘mood’Β dan emosi kanak-kanak seperti mereka tidak boleh dijangka. Kalau dia tak nak buat, dia takkan buat. Jadi, kami kena tunggu,” ujar Awal.

https://www.instagram.com/p/Bwn_KfvA1Hn/

Selain Awal Ashaari, Telefilem Sinar Ramadhan Untuk Amanda arahan Heykal Hanifah itu turut menampilkan pelakon Nina Iskandar, Khatijah Tan, Raja Azmi dan Rahim Jailani.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *