
PETALING JAYA: Sindiket pekerja asing dikesan berselindung di sebalik lesen syarikat dalam pelbagai bidang termasuk pembinaan, dipercayai taktik untuk membawa masuk pekerja dari negara sumber terutama Bangladesh.
Sumber industri berkata ada kumpulan terbabit mempunyai lesen kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk mengaburi pihak berkuasa, bagi memudahkan membawa masuk pekerja asing mengisi kekosongan “tidak wujud”.
“Lagi tinggi nilai projek, lagi ramai mereka boleh bawa masuk… walaupun sebenarnya pekerjaan itu tidak wujud,” katanya kepada FMT sambil mendedahkan kegiatan itu dikesan apabila syarikat terbabit gagal mengemukakan senarai pekerjanya mengikut masa ditetapkan.
“Kebanyakan mereka mempunyai hubungan dengan sindiket di Bangladesh yang menerima bayaran sehingga RM20,000 bagi seorang pekerja asing.”
Sumber berkata syarikat…