Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Siti Nordiana Turut Nyanyi Lagu Britney Spears, Shila Amzah Mohon Warganet Jangan Bandingkan

today15 November 2023

Background

Penyanyi, Shila Amzah menepis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa lagu pilihannya di program Famili Duo 3 β€˜kebetulan’ sama dengan peserta program nyanyian lain yang juga berlangsung di hari yang sama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shila berkata dia mengikuti tema program famili duo minggu kelima iaitu β€˜idola’ dan penyanyi legenda antarabangsa Britney Spears itu adalah idolanya.

Tambah isteri kepada pempengaruh media sosial Ubaidillah Mz itu, Shila berkata dia amat meminati Britney Spears dan sering menyanyikan lagu-lagu ketika dalam biliknya.

β€œYou have no idea how much loveeeeee britney, i always lovedddd her stage presence, her Classic signature movements..

β€œThose who was Born in the 90’s sure CAN relateee..Singing in My Room, replaying the vegas concert for 2 hours as if IT was My own..

β€œBritney was My one and only childhood i had,” katanya.

Shila Amzah

Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang berkata lagu β€˜Baby One More Time’ secara kebetulan sama bersama Siti Nordiana ketika bertanding di program realiti nyanyian pada Ahad lalu.

β€œKita memang minat Britney awak sebab tema dia idola minggu ni,” tulis Shila.

Shila Amzah

Berdasarkan komen lain, ada individu yang membandingkan nyanyian Shila bersama Siti Nordiana yang mengatakan versi pelantun lagu Jauh Hati itu lebih baik.

β€œThis version better than Nana (Siti Nordiana),” tulis individu berkenaan.

Jawab Shila, dia tidak mahu netizen untuk membandingkan nyanyian mereka berdua kerana setiap penyanyi mempunyai pengayaan mereka sendiri.

β€œDon’t la compareeee, Kak Nana did her own twist to it which is being her cute self, whilst I’m a huge fan of Britney,” bidasnya.

Shila Amzah

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).

Artikel Berkaitan:Β Adik Didakwa Pinjam Duit Kawan Untuk Bayar Sewa Rumah, Ini Respons Shila Amzah & Syahir – β€œKami Memang Tak Ambil Tahu”

Artikel Berkaitan:Β Alami Masalah Peti Suara Gara-Gara 5 Kali Jangkitan Covid-19, Siti Nordiana Dalam Fasa Pemulihan

Written by: Aqilah


Previous post