Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Siti Nurhaliza Beri Bayangan Kembali Dengan Lagu Irama Malaysia

today17 February 2020

Background

Sebut sahaja lagu irama Malaysia, pasti anda terbayang lagu-lagu seperti Nirmala, Cindai, Balqis, Ya Maulai dan lain-lain dendangan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza kan?

Baru-baru ini menerusi laman Instagram, penyanyi nombor satu negara itu telah memuat naik video memaparkan foto wajahnya dengan berlatarbelakangkan alunan muzik irama Malaysia.

https://www.instagram.com/p/B8nQ6FSHsgy/

Menerusi ruangan komen pula, ada yang menyatakan Siti bakal berkolaborasi bersama penyanyi rap Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Kapsyen ringkas hanya bertanda pagar Siti2020 itu juga turut dikuatkan lagi dengan bayangan dua penyanyi rap itu dalam video tersebut.

Sama ada benar mahupun tidak, sama-sama kita nantikan kemunculan lagu berkenaan.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *