Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hari ini telah melancarkan lagu Hari Raya terbaru hasil kolaborasi bersama Taufik Batisah dan Nissa Sabyan.
Lagu yang berjudul Ikhlas itu mencatat sejarah industri muzik tempatan apabila menggabungkan penyanyi dari tiga negara berbeza di Asia Tenggara.
https://www.instagram.com/p/ByHIRGGHY8Z/
Seperti diketahui umum, Taufik adalah penyanyi tersohor dari Singapura, manakala Nissa pula melakar populariti di Indonesia.
Peminat sudah boleh mendengar dan menonton muzik video lagu tersebut mulai 31 Mei ini secara eksklusif di Apple Music dan menerusi radio tempatan.
Post comments (0)