Pada 8 April 2020, peminat penyanyi Indonesia Glenn Fredly berduka setelah menerima berita kematian penyanyi kesayangan mereka.
Tidak terkecuali penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berkongsi kesedihan menerusi laman Instagram miliknya.
Siti mengucapkan takziah buat Allahyarham yang meninggal dunia kira-kira jam 6 petang waktu tempatan di Rumah Sakit Setia Mitra, Indonesia.

Menurut Siti, dia sempat berjumpa dengan penyanyi tersebut ketika konsert jelajahnya di Jakarta. Siti sempat berbincang untuk berkolaborasi dengannya selain menyatakan mendiang seorang yang mempunyai nilai peribadi yang baik.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Januari ini mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dangdut, Mutia Ayu pada 2019.
Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan penyanyi Dewi Sandra pada 2006 dan bercerai tiga tahun kemudian.
Post comments (0)