Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Siti Saleha Sedia Bergelar Ibu Tahun Depan

today13 September 2019

Background

Pelakon jelita, Siti Saleha bersedia untuk memperlahankan karier seninya jika dia dan suami dimurahkan rezeki memiliki cahaya mata pada tahun depan.

Siti Saleha yang memasuki usia 29 tahun pada tahun ini sememangnya telah lama menantikan kehadiran anak dalam keluarga mereka.

Selepas dua tahun berkahwin, Saleha bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

“Kami sememangnya merancang untuk mendapatkan anak. Mungkin tahun depan kami akan lebih fokus ke arah itu.

“Sejak dua tahun lalu, jadual kerja kami terlalu padat. Saya terlibat dengan penggambaran, manakala dia dengan komitmen kerja. Jika ada rezeki (anak) saya akan perlahankan penglibatan dalam karier seni,” katanya.

Didoakan semoga Saleha cepat-cepat dikurniakan zuriat!

 

Written by: Jay


Previous post

Geng Pagi Hot

GPH Sahut Cabaran FIFA Caprice Gais!

Kalau korang tengok Instagram Caprice, dia ada challenge siapa yang lawan menang lawan FIFA dengan dia, Caprice sendiri yang akan pasang set PS4 dalam kereta korang, tak percaya kan? So betul ke Geng Pagi Hot nak amik challenge Caprice ni? Kalau korang nak tengok macam mana set PS4 ni dalam kereta Caprice, tengok video ni sampai habis tau!

today12 September 2019

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *