Menteri komunikasi dan digital berkata, satu mesyuarat akan diadakan pada Isnin ini.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan syarikat-syarikat telekomunikasi akan bermesyuarat pada Isnin susulan keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan rangkaian 5G di bawah rangkaian tunggal melalui Digital Nasional Berhad (DNB) hingga mencapai 80% kawasan berpenduduk sehingga akhir tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau akan menjelaskan keputusan kerajaan untuk beralih kepada model dwirangkaian melibatkan beberapa entiti disertai syarikat telekomunikasi bagi menjalin kerjasama membina menara telekomunikasi yang mencukupi dalam usaha memastikan wujud aspek kelewahan atau lebih daripada satu rangkaian selepas sasaran liputan 5G di bawah rangkaian…