

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menarik balik kes fitnah jenayah di Thailand terhadap pengulas politik, Murray Hunter, susulan permohonan maaf terbuka dan penarikan balik empat penerbitan dalam talian, oleh beliau.
SKMM memaklumkan prosiding jenayah di Thailand tersebut berpunca daripada empat artikel dalam talian yang mengelirukan dan tidak tepat mengenainya, yang diterbitkan ketika Hunter menetap di negara berkenaan.
SKMM menyatakan kes fitnah jenayah di Thailand tersebut dimulakan oleh pihak berkuasa Thailand, selaras kerangka undang-undang domestik dan tatacara negara itu.
SKMM berkata pihaknya dan Hunter mencapai suatu penyelesaian di Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan selepas beberapa sesi pengantaraan.
Selepas perjanjian…