
KUCHING: Speaker DUN Sarawak Mohamad Asfia Awang Nassar akan memaklumkan kekosongan di kerusi Jepak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian penyandangnya Talib Zulpilip, hari ini.
Timbalannya Idris Buang berkata sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Sarawak, adalah menjadi tanggungjawab Mohamad Asfia mengemukakan notis kepada SPR tentang kekosongan itu.
“Speaker selepas ini akan memberitahu pihak SPR agar pihak SPR mengeluarkan perintah dan writ untuk PRK kerana kita ada lebih kurang tiga tahun lagi hayat DUN,” katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Talib di Pusat Perubatan Normah malam ini.
Beliau berkata, Perlembagaan Sarawak mengkehendaki PRK diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh notis kekosongan dimaklumkan kepada SPR.
Talib, 72, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 5.50 petang tadi ekoran komplikasi buah pinggang selepas dimasukkan…