
Status Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Ahli Parlimen selain keperluan mengadakan PRK selepas kedua-duanya mengosongkan kerusi Pandan serta Setiawangsa akan diputuskan selepas meneliti surat mereka, kata Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.
Johari berkata, beliau akan menunggu surat pemakluman rasmi pengosongan kerusi oleh dua bekas pemimpin PKR itu sebelum mengambil tindakan.
“Saya cuma boleh bertindak setelah menerima dokumentasi, tidak (semata-mata) dengan mengambil maklumat selain dari itu,” katanya kepada FMT.
Rafizi dalam sidang media selepas mengumumkan hala tuju politiknya siang tadi berkata, beliau menyerahkan kepada Johari untuk membuat keputusan mengikut perlembagaan sama ada PRK perlu diadakan atau sebaliknya.
Bagaimanapun, katanya, sepatutnya tidak ada PRK selepas tempoh tiga tahun…