Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

‘Spider-Man’ Akui Pernah Menyanyi 90 Hingga 100 Lagu Sehari Demi Hiburkan Orang Ramai

today13 January 2025

Background


Menurutnya, pada awalnya dia hanya menyanyi bersama band (kumpulan) namun bergerak solo sejak dua tahun lalu.

“Memang minat menyanyi walaupun awalnya main gitar saja…niat asal saya pakai kostum adalah nak hiburkan kanak-kanak.


“Permulaan dulu minta izin buat persembahan di kedai makan kemudian pernah di pasar pagi sebelum dapat peluang menyanyi di pasar raya,”
katanya.

Dia juga berkongsi pengalamannya, pernah menyanyikan 90 hingga 100 lagu dalam sehari dengan membuat persembahan bermula jam 3 hingga 10 malam pada hari hujung minggu atau cuti.

Katanya, setakat ini, sambutan diterima amat baik termasuk selepas dia berkongsi video nyanyian di TikTok.

“Kira-kira 90 peratus menyokong tapi ada juga persoal kenapa guna kostum dan tak pakai macam biasa.

“Bagi saya, setiap orang ada identiti tersendiri dan sebenarnya lagi menyusahkan kerana rugi masa nak bersiap dan tak selesa.

“Tapi syukur kerana isteri sokong, sama dengan kawan yang cadangkan saya ketengahkan bakat di TikTok. Ada yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post