Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SPRM tahan 15 penjawat awam, disyaki terima rasuah lebih RM2 juta dari penyeludup

today19 March 2024

Background


Semua suspek lelaki berusia antara 30-an dan 50-an ditahan pada kira-kira 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 15 lagi penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu masuk negara.

Tangkapan terhadap semua suspek itu dilakukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM menerusi Op Samba 2.0 yang dijalankan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara (BNM) sejak 11 Mac lalu.