Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Stacy Bakal Hiburkan Peminat Di DFP Tidak Lama Lagi

today27 January 2023

Background

Lima belas tahun berkecimpung dalam industri seni, penyanyi Stacy Anam bakal menghiburkan peminatnya buat julung kalinya dalam konsert solo.

Lebih bermakna, konsert anak kelahiran negeri Sabah ini bakal dipentaskan di premis berprestij Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Pusat Konvesyen Kuala LumpurΒ  (KLCC) pada 25 Februari depan.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih Stacy membuktikan pelantun lagu Kasanova ini masih menjadi dambaan peminat sehingga ke hari ini

Beliau pernah menjadi finalis di Anugerah Juara Lagu (AJL) melalui lagu-lagu Not For Sale (2016), Gilalah (2015), Bosan (2014), Pelangi Senja (2013), Jahat (2011), Pakai Buang (2010) dan Aku Stacy (2009).

Untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Stacy pernah memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular (2014) dan Penyanyi Baru Wanita Popular (2008).

Sementara itu, untuk Anugerah Industri Muzik, beliau pernah memenangi kategori Muzik Video Terbaik untuk Not For Sale (2016) dan Kulit Album Terbaik (2014).

Stacy muncul sebagai komposer untuk lagu Cinta yang menjadi naib juara di AJL 36.

Untuk konsert istimewa di DFP ini, Stacy dijangka membawa peminat-peminat menyusuri perjalanan seni beliau yang menjangkau 15 tahun menerusi lagu-lagu hit pelbagai genre.

Konsert malam itu bakal menampilkan suaminya yang juga seorang penyanyi, Akim Ahmad, yang akan mendendangkan beberapa lagu duet bersama.

Tiket-tiket berharga RM169, RM219, RM269, RM319 dan RM369 (Meet & Greet) boleh didapati di kaunter Box Office DFP atau layari www.dfp.com.my.

Written by: Aqilah


Previous post