Pasangan selebriti Akim Ahmad, 29, dan isterinya Stacy, 30, telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 pada 5 Februari.
https://www.instagram.com/p/B8KuFb7JhV-/
Sempena hari bahagia mereka itu, Stacy menerusi laman Instagram miliknya turut mengumumkan bakal melancarkan lagu paduan suara mereka bagi memenuhi permintaan peminat.
https://www.instagram.com/p/B8L9xgkJsQe/
Difahamkan, single duet itu diberi judul Aku Kau Dan Muzik dan akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Februari nanti.
Untuk rekod, Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam dan Akim diijabkabulkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Eshaal, 2 tahun dan pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat bernama Bella Deluna.
https://www.instagram.com/p/B7xJmi1p_Qn/
https://www.instagram.com/p/B7dmC0Fp7hE/
Post comments (0)