
PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599 sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk perjalanan tiga hari sebelum perayaan, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Beliau berkata inisiatif itu akan dimulakan pada perayaan Krismas yang disambut 25 Dis ini dengan pembelian bermula esok 12.01 tengah malam bagi perjalanan tiga hari sebelum perayaan iaitu pada 22, 23 dan 24 Dis.
Dasar sama akan diteruskan tahun hadapan bagi perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas dengan pembelian tiket dibuka pada 1 Jan, 12.01 tengah malam, katanya.
“Harga tiket penerbangan kelas ekonomi sehala yang disubsidikan ini tidak termasuk cukai dan fi,” katanya dalam sidang media di sini hari…