
PETALING JAYA: Sukarelawan Pertubuhan Peduli Ummah (Si Peduli) berkongsi pengalaman membantu pihak berkuasa membawa keluar mayat mangsa banjir yang ditemui di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Mohd Shafiq Fauzan Jemadi, 33, berkata, beliau bersama rakannya, Mohamad Zulfatah Adnan, 23, menemui mayat mangsa banjir tersepit di sebuah kereta pada 10.20 malam Ahad lalu.
“Ketika itu, kami melakukan rondaan untuk menghantar bantuan makanan kepada penduduk di kawasan terbabit.
“Keadaan di situ gelap gelita dan ketika meninjau kawasan sekeliling dengan lampu suluh, saya dan Mohamad Zulfatah ternampak sekujur tubuh terapung dan tersepit di sebuah kereta.
“Kami maklumkan kepada anggota bomba bertugas dan membantu mengangkat mayat itu menaiki bot sebelum membawanya ke tempat berkumpul,” katanya menurut laporan Harian…