Sunway City Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menawarkan kemudahan daftar masuk ke hotel seawal 10 pagi dan daftar keluar sehingga lewat pukul 4 petang pada hari bekerja sepanjang bulan Oktober ini.
Kini, anda tidak lagi perlu bangun awal, bergegas untuk sarapan pagi, dan tergesa-gesa untuk mengemas pada hari terakhir penginapan anda.
Sunway City Kuala Lumpur Hotels yang mempunyai rangkaian hotel mereka iaitu Sunway Resort Hotel, Sunway Pyramid Hotel, dan Sunway Lagoon Hotel memperkenalkan tawaran ini berikutan perbincangan yang lebih luas mengenai masa daftar masuk dan daftar keluar hotel di Malaysia.
Tawaran eksklusif ini boleh didapati pada hari bekerja (tidak termasuk cuti umum) sepanjang bulan Oktober, ia bagi memastikan anda dapat memanfaatkan sepenuhnya percutian singkat.