Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Suspek Pecah Rumah Khuzaimi Guna Nombor Pendaftaran Palsu Elak Dikesan Polis

today29 May 2024

Background

Susulan insiden pecah rumah membabitkan pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee baru-baru ini, pihak polis mengesahkan bahawa kenderaan yang dipakai suspek adalah menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut dan sedang giat mengesan kesemua suspek yang mendalangi kes tersebut.

“Siasatan masih berjalan dan keterangan tujuh individu sudah diambil setakat ini,” katanya.

Sebelum ini, Khuzaimi memaklumkan, dia turut kehilangan motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport antarabangsa miliknya ketika insiden pecah rumah berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Khuzaimi Piee Pula Dipecah Masuk! Hilang Motosikal, Beg Berjenama & Pasport

Terdahulu, sekurang-kurangnya empat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai di sekitar rumah Khuzaimi tular di media sosial menunjukkan kenderaan pelbagai guna jenis (MPV) Toyota Estima didakwa digunakan suspek.

Malah, dalam video tersebut,  seorang lelaki kelihatan menunggang motosikal dipercayai milik Khuzaimi selepas memecah masuk kediaman pemain itu.

Bahkan, terdapat juga rakaman menunjukkan MPV itu masuk dan keluar melalui pondok pengawal keselamatan di kediaman pemain itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipukul Dengan Cota Di Kepala & Badan, Akhyar Rashid Disamun… Hilang Dompet & Telefon Bimbit

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Melecur Tahap 4 Akibat Disimbah Guna Asid Sulfurik Pekat

ARTIKEL BERKAITAN: Safiq Rahim Pula Diserang, Dua Individu Pecah Cermin Belakang Guna Tukul Besi! – “Mereka Berhenti, Sempat Tunjuk Saya…”

 

Sumber: Berita Harian

Written by: Salma


Previous post