Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sweet! Azrinaz Mazhar Hakim Titip Ucapan Istimewa Buat Putera Abd Wakeel

today4 June 2024

Background

Perkongsian bekas personaliti televisyen (TV), Azrinaz Mazhar Hakim mencuri tumpuan warga maya baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Azrinaz menitipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat putera sulungnya, Putera Abd Wakeel yang ke-18.

“Selamat ulang tahun ke-18 kepada Putera Raja yang dikasihi!

“Semoga hari istimewa ini menjadi mempesona dan megah seperti anda. Ini adalah tahun yang dilimpahi dengan kasih sayang dan berkat yang tidak berkesudahan.

“Kehadiranmu memenuhi hati saya dengan rasa bangga yang tidak terkira, aku bersyukur memilikimu sebagai milikku.

“Dengan cinta yang kekal seumur hidup dan seterusnya, selamanya dan sentiasa #AWB,” titip Azrinaz.

Dalam hantaran sama, Azrinaz turut memuat naik foto bersama puteranya itu berserta ucapan dan doa.

azrinaz

Azrinaz

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut turut mengucapkan selamat ulang tahun buat anakanda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah.

Terdahulu, Azrinaz pernah bergelar isteri kedua kepada Sultan Brunei itu pada tahun 2005, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.

Selain Putera Abd. Wakeel, perkahwinan Azrinaz bersama Sultan Brunei turut diserikan dengan seorang anak perempuan iaitu Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Azrinaz mendirikan rumah tangga semula bersama Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018. Hasil perkahwinan, Azrinaz dan suaminya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 5 dan AtheeraΒ Medinah,Β 3.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Aqilah


Previous post