Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Syabas! Nam Ron Rangkul Anugerah Pengarah Terbaik AIFFA2019

today29 April 2019

Background

Sabtu lalu telah berlangsungnya Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asean 2019 (AIFFA2019) di Kuching, Sarawak.

Pelakon dan pengarah terkenal Nam Ron sekali lagi mencipta kejayaan apabila diangkat selaku Pengarah Terbaik menerusi filem Crossroad: One Two Jaga.

Sementara pelakon Amerul Affendi pula membawa pulang kategori Pelakon Pembantu Terbaik.

Selain Amerul, filem One Two Jaga turut dibintangi pelakon Zahiril Adzim, Sofea Jane, Zaidi Omar, Ario Bayu, Asmara Abigail, Bront Palarae dan Azman Hassan.

Menerusi laman Instagram Nam Ron, beliau meluahkan rasa syukur serta ucapan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan filem berkenaan.

https://www.instagram.com/p/BwyJUhOgIOG/

Untuk pengetahuan, filem drama aksi jenayah itu turut menggondol lima lagi kategori lain iaitu Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Poster Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Tahniah sekali lagi buat Nam Ron!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *