Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Syasya Rizal Rasa Sunyi, Sejak Hamil Emosi Tak Menentu

today12 September 2024

Background

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal mengakui emosinya terganggu sejak berbadan dua.

Menerusi video di akaun TikTok miliknya, Syasya berkata sejak mengandung dia berasa sangat sunyi meskipun ada orang di sekeliling yang memberi sokongan.

“Tahu tak apa yang orang jarang cakap semasa mengandung adalah macam mana sunyinya kita boleh rasa kadang kala.

“Ada je orang di sekeliling untuk beri sokongan dan teman, tapi perjalanan ini kita seorang sahaja yang melaluinya. Jadi ada masa kita akan rasa sunyi,” katanya.

Dalam video sama, Syasya berkata dia mudah tersentuh dan cepat terasa hati sehingga boleh menangis.

“Sangat penting untuk ada sokongan yang sangat kuat. Ibu mengandung akan jadi sangat-sangat sensitif malah isu kecil pun boleh buat kita menangis, tak tahulah kalau itu hanya saya seorang,” ujarnya lagi.

@syasya.rzl

Patut la orang invest on a good mic for video like this, cus yall the pakcik decided to pontong rumput when Im talking 🥲🤣

♬ Aesthetic Vibes – Megacreate

Pada 3 September lalu, Syasya mengesahkan dirinya sedang hamil anak pertama.

Pada awal bulan lalu, tular sebuah video memaparkan Syasya seolah-olah mempunyai ‘baby bump’ ketika berjalan di dalam air sambil dipimpin suaminya.

Syasya dan Nasrullah berkahwin dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.

Artikel Berkaitan: “Baby Emon Is On The Way!” – Syasya Rizal Sahkan Bakal Timang Anak Sulung

Artikel Berkaitan: Kini Lebih Tenang, Syasya Rizal Akui Dah Lama Pasang Niat Nak Berhijab… – “Suami Banyak Nasihat, Tolong Gosok Tudung”

Written by: Aqilah


Previous post