Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Syed Ali Berang Kena Tipu Dengan Penganjur

today19 September 2022

Background

Pelakon Syed Ali memberitahu dia masih berlakon dan mendapat tawaran berlakon biarpun pernah ‘merajuk’ untuk berlakon suatu ketika dahulu.

Memetik temu bual program Melodi TV3 hari ini, Syed Ali juga mendedahkan dirinya ditipu oleh penganjur bagi sebuah karnival.

“Ikutkan saya ini seorang yang suka berniaga, saya suka libatkan diri saya dengan karnival-karnival bersama selebriti Malaysia.

“Apabila saya bekerjasama dengan seorang penganjur ini untuk melahirkan satu karnival tapi saya dikecewakan.

“Dah keluar modal apa semua, kononnya nak bahagi dua tapi tiada, malah saya dipergunakan atas nama saya dan tenaga kerja kita tapi tidak dibayar.

“Saya juga minta nasihat dari pihak atasan dan mereka suruh buat laporan polis tapi saya masih lagi bersabar. Saya rasa dah berapa lama ni, tak mahu sebut nama dia tapi Allah itu maha kaya, jangan makan duit haram, tolong jangan makan duit haram.Β 

“Kalau nak buat sesuatu, kena berbincang dengan telus, jangan mempergunakan artis-artis dan orang lain,” ujarnya.

Difahamkan sudah dua bulan isu hutang ini berlarutan, Syed Ali memberitahu dia akan mengambil tindakan sendiri sekiranya masih tiada respon dari pihak yang dimaksudkan itu.

“Saya masih memberi peluang kepada kau lagi untuk selesaikan apa yang patut, dan jika tiada apa-apa tindakan daripada beliau, saya akan ambil tindakan saya sendirilah.

“Aku boleh tulis macam-macam fasal kau dekat media sosial tapi itu bukan cara aku. Kita ada cara kita sendiri untuk menyelesaikan masalah.

“Aku bersabar, bagi aku selesai perkara-perkara yang patut dahulu supaya tak ganggu fikiran aku fasal hutang kau ini dan aku bagi kau peluang, itu sahaja,” jelasnya.

Sumber: TV3MALAYSIA Official

Written by: Salma


Previous post