
PETALING JAYA: Pakar perlu dilibatkan dalam usaha kerajaan memperluaskan tabika kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) untuk kanak-kanak autistik ke seluruh negara selain tumpuan harus diberikan di kawasan permintaan tinggi.
Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, berkata lokasi strategik, aspek keselamatan dan mudah diakses oleh keluarga perlu diberi keutamaan.
“Panel penasihat perlu melibatkan pakar autisme, pendidik, dan ahli terapi untuk membimbing pembangunan program, seterusnya perlu ada modul tersusun dalam membangunkan program latihan yang standard untuk semua Kemas autistik bagi memastikan konsistensi dan kualiti.

“Kerajaan juga perlu memastikan pembiayaan mencukupi untuk kemudahan, bahan, dan latihan,” katanya kepada FMT.
Khamis…