Imbas untuk muat turun aplikasi

Jamming Hot

49 Results / Page 2 of 6

Jamming Hot

Seperti Ini – Fieya Julia

Selepas nama Fieya Julia meningkat naik menerusi single Perasaanku, peserta Big Stage musim ke-2 ni muncul dengan single terbaru beliau, Seperti Ini! Kalau korang nak tahu, lagu Seperti Ini ni sambungan kepada Perasaanku. Wahhh! Lirik dia memang deep.....siapa boleh relate lagu ni macam min boleh angkat tangan! So guys, jom tengok single Seperti Ini versi Jamming Hot di Youtube Hot TV!

today21 October 2019

Jamming Hot

Sumpah – Aina Abdul

Setelah menyepi buat seketika, bintang kelahiran Mentor Legend 2014, Aina Abdul kembali dengan single terbaru! Menerusi single Sumpah ni, Aina banyak menyelitkan elemen kemurungan dan juga mengenai penyakit Skizofrenia dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Jom dengarkan Sumpah versi Jamming Hot di Youtube Hot TV sekarang!

today21 October 2019

Jamming Hot

Selamanya – Usop

Bekas peserta Mentor Milenia 2017, Usop terus mencuri perhatian peminat industri tanah air menerusi single terbarunya, Selamanya. Rupanya lagu mengisahkan tentang seorang lelaki yang masih setia dalam percintaan walaupun harapannya tidak kesampaian and lagu ni jugak merupakan kesinambungan kepada lagu Usop Aku Yang Bersalah yang pernah dilancarkan tidak lama dahulu. Kalini Hot FM bawa kan korang Selamanya versi Jamming Hot, jom check out full video ni guys!

today8 October 2019

Jamming Hot

Tak Pernah Mengalah – Yazid Izaham

Wah untuk Jamming Hot kalini kita bawakkan Yazid Izaham untuk korang! Yazid Izaham antara bintang BBNU tau. Lagu Tak Pernah Mengalah, dengan suara dia yang lunak tambah pulak lirik lagu yang sangat deep, memang boleh buat cair! Apa lagi guys, jom dengarkan Tak Pernah Mengalah versi Jamming Hot di Youtube Hot TV!

today7 October 2019

Jamming Hot

Khayal – Stacy

Kalau korang nak tahu, lagu Khayal ni tentang cabaran dan kesakitan yang perlu dilalui someone dalam menghadapi dunia realiti. Kalau korang hayati lirik dia, memang deep sangat. Stacy juga bagitahu yang lagu ni menceritakan tentang macam mana sakitnya menghadapi dunia realiti. Bila kita tertekan, marah dan kecewa. Kalau boleh kita nak lari dari segala masalah. Boleh related dengan kita semua juga kan? So kalini, jom kita dengar Khayal versi akustik […]

today23 September 2019

Jamming Hot

Takkan Terlerai – Ernie Zakri & Syamel

Pemenang Vokal Terbaik AJL32 menerusi lagu Aku Cinta, Ernie Zakri & Syamel kini kembali lagi dengan duet kedua mereka! Dengar cerita, lagu ni ambil persediaan selama setahun untuk cari lagu yang sesuai untuk mereka. Takkan Terlerai ini juga dapat positif feedback daripada para pendengar,lagi-lagi yang dah layan Jamming Hot dekat Youtube. Korang memang terbaik!

today5 September 2019

Jamming Hot

Hutang – Floor 88

Lagu ni boleh relate kan? Ada kes pasal ni ke? Rasanya ini adalah masalah sejagat kan? Sama yang berhutang atau pemiutang memang terasa lah. Kita patut ucap terima kasih kepada Floor 88 dengan munculnya lagu ini sekurang-kurangnya lagu ini adalah modal untuk kita kutip hutang, tak segan sangat kita nak mintak balik duit kita tu ye tak. Kali ni untuk versi jamming tentunya kami berikan eksklusif untuk anda. Sila layan […]

today19 August 2019

Jamming Hot

Sewindu – Tulus

Tulus - artis seberang yang semakin menempa nama di Malaysia kini siap menghangatkan sessi Jamming Hot menerusi lagu Sewindu yang membawa maksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia. Tahun 2019 merupakan tahun ke 8 Tulus berada dalam industri muzik, moga sukses terus ya.

today15 August 2019

Jamming Hot

Ragaman – Faizal Tahir

Ekslusif untuk kalian yang selalu follow Jamming Hot, kami dengan bangganya nak katakan versi Ragaman yang anda nak tengok ni adalah versi yang belum ada kat mana-mana lagi. Thank you Bapak Faizal Tahir persembahkan sesuatu yang sangat istimewa untuk kami. Enjoy ok dengan versi ni, moga-moga anda akan terus repeat untuk tengok dan dengar!

today15 August 2019