Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Tahniah! Neelofa Rangkul Anugerah Influencer Di IAM2019 Monaco

today7 October 2019

Background

Tahniah! buat pelakon dan pengacara tanah air terkenal Neelofa kerana telah berjaya merangkul Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) menerusi kategori Usahawan di Monaco semalam 6 Oktober 2019.

Neelofa memaklumkan dia dipilih untuk menerima anugerah itu kerana pencapaiannya sepanjang tahun 2018 menerusi laman Instagram miliknya beserta dengan sekeping foto.

https://www.instagram.com/p/B3TAO2cHXLr/

RECOGNITION. Thank you again for the nomination and this award, @influencerawardsmonaco. This goes to all of you who have been supporting and inspiring this girl since day one. Definitely one of the most significant highlights of 2019. #InfluencerAwardsMonaco #IAM2019,” tulis Neelofa

IAM 2019 yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu diasaskan oleh Pauline Ducruet, anak sulung Puteri Stéphanie dari Monaco dan individu lain termasuk Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Anugerah yang mendapat jolokan ‘Anugerah Oscar bagi dunia digital’ itu diadakan di La Salle des Etoiles di Monaco.

Lebih 100 influencer media sosial seluruh dunia dijemput, bukan sahaja dalam kalangan influencer fesyen, malah mereka yang dikenali ramai dalam bidang keusahawanan, penjenamaan dan selebriti.

Antara nama yang pernah memenangi anugerah berkenaan di penganjuran pertama adalah penulis blog Perancis, Caroline Receveur dan jurusolek Kim Kardashian, Mario Dedivanovic.

Written by: Hot FM


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *