Terdahulu, penyanyi Tajul mengambil keputusan untuk berdiam diri untuk mendedahkan kepada umum mengenai status rumah tangganya.
Namun, penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Dalam Rindu ini mengambil keputusan untuk mengumumkan sesuatu apabila tular sekeping foto Tajul sekeluarga dan mendapati penyanyi itu memeluk seorang wanita yang kelihatan sedang hamil.
Tidak mengambil masa yang lama, Tajul akhirnya tampil untuk menjelaskan status rumah tangganya.
https://www.instagram.com/p/B3PwftNge3l/
Menerusi laporan sebuah portal hiburan online, Tajul memilih untuk mendiamkan diri bagi menjaga banyak pihak yang perlu diautamakan.
Saya tak kisah mereka nak kata apa atau nak buat andaian sendiri. Saya pun tak boleh nak tutup mulut orang supaya tak bercakap fasal saya. Jadi, saya terima sahaja apa yang mereka nak kata. Kita kongsi perkara baik atau tidak, netizen akan suka buat andaian sendiri.
Menerusi satu temubual di Melodi pula, Tajul akhirnya mengakui di mana dia sudah pun bernikah pada 2 tahun yang lepas. Malah, hanya keluarga, kenalan rapat dan segelintir rakan artis sahaja yang telah tahu mengenai perkara ini.
Tajul juga mendedahkan perasaan isterinya itu sepanjang penyanyi ini membuat keputusan untuk kekal merahsiakan status perhubungan mereka.
Post comments (0)