
PETALING JAYA: Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata seseorang umat Islam tidak berdosa atau menjadi kafir sekiranya tidak menyokong parti Islam direka manusia.
Beliau berkata parti Islam rekaan manusia itu bukan bersifat suci atau sakral yang tidak mengikat seorang muslim menyokongnya.
“Mana-mana individu atau kumpulan boleh mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi dakwaan ini mestilah dibuktikan dengan jelas dalam realiti kehidupan.
“Perlu diingatkan, Islam tidak akan tegak dengan slogan semata-mata tetapi ia ditegakkan dengan amalan dalam kehidupan rakyat sejahtera dan berkebajikan di samping pentadbiran negara yang baik, bersih dan cekap.
“Islam boleh ditegakkan secara bijaksana tanpa mencanangkannya kepada umum seperti melaksanakan keadilan sosial, meratakan kebajikan, membasmi kemiskinan, membanteras rasuah…