Semua pelajar diwajibkan untuk mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah masing-masing. Hal ini supaya dapat menjaga nama baik dan juga meningkatkan disiplin pelajar sekolah.
Kebiasaannya, di negara kita Malaysia, peraturan-peraturan yang ada termasuklah tidak boleh berambut panjang bagi lelaki dan perlu memakai uniform sekolah yang seragam.
Kita selalu mendengar peraturan sekolah yang biasa, namun jika anda nak tahu terdapat pelbagai jenis peraturan sekolah yang pelik dan tidak masuk akal. Jom lihat antara 10 peraturan sekolah yang pelik di serata dunia ini.