Susulan tular video memaparkan seorang kanak-kanak comel bernama Adlina Marie menerusi laman Twitter, Haqiem Rusli baru-baru ini telah memuat naik kembali video tersebut ke laman sosial miliknya dengan memberitahu sesuatu perkara.
Adlina Marie adalah seorang kanak-kanak yang kini berusia 5 tahun yang telah kehilangan bapanya, Adli Soul Mokhtar selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2017.
Video yang mengundang sebak tersebut memaparkan Adlina memberitahu dia merindui bapanya selain memberitahu bahawa dirinya sudah besar.
“Tapi ayah tak keluar pun”, ujarnya dalam nada perlahan
My brother passed away 3 years ago, when adlina just turned 2. She was her ayah’s lil girl. It was a tough moment for us. Today, adlina visited her ayah again cause she misses him. Al-fatihah ❤️ pic.twitter.com/Ln0MEfoLyC
— Kitty 🐱 (@Anne_mokhtar) February 12, 2020
Ibunya Siti Sukainah Rahim kembali menenangkan anaknya dengan memaklumkan bahawa ayahnya itu menunggu mereka di syurga dengan nada yang sebak.
Sementara itu Haqiem Rusli menerusi laman Instagram miliknya menyatakan bahawa dia akan menulis lagu buat kanak-kanak tersebut suatu hari nanti.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata meluahkan perasaan sedih dan menyokong hasrat penyanyi tersebut selain memberikan cadangan bagi tajuk lagu terbabit.

Post comments (0)