Seperti kita tahu, Yuna kini muncul dengan single terbaru, Forevermore.

Penyanyi yang dahulunya cukup popular menerusi lagu Dan Sebenarnya ini mempunyai suara yang unik selain bakat dalam penulisan lirik.
Namun, ada seperkara lagi yang peminat belum tahu tentang Yuna.

Menerusi laman Instagramnya, Yuna mendedahkan dia sudah lama minat menari namun dirahsiakan daripada peminat.
https://www.instagram.com/p/BwUdTivHmeW/
Di dalam muzik video lagu Forevermore, Yuna membuat keputusan mahu tampil ‘extra’ dan ketengahkan kekuatan wanita dari segi pergerakkan melalui gerak tari.
Tak dinafikan, wujud kelainan dalam single Forevermore yang ditonjolkan oleh Yuna kali ini.
Sejak dilancarkan pada 4 April lalu, lagu Forevermore kini meraih lebih 1 juta tontonan dan pernah trending di laman YouTube.
Well done, Yuna!
Post comments (0)