Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Tak Mungkin Saya Nak Berkawan Kembali Dengan Watie Sadali” – Hana Adnan

today9 January 2025

Background

“Apa yang berlaku pada saya, kalau orang tak kuat mungkin boleh terus jatuh tersungkur”.

Demikian luahan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Hana Adnan selepas dirinya disytihar muflis angkara perbuatan rakannya sendiri.

Memetik laporan Kosmo Online, Hana berkata, kejadian yang menimpanya itu memberikan kesan mendalam buatnya selain terpalit dengan tekanan perasaan dan hilang pekerjaan.

Walaupun isu tersebut sudah hampir 12 tahun berlalu namun, Hana menegaskan, dia tidak akan kembali bersahabat dengan isteri kepada pelawak terkenal, Joey Daud iaitu Watie.

“Biarlah orang nak kata saya jahat, tapi saya tak perlukan kawan seperti itu.

“Untuk kembali bersahabat dengan dia, perkara itu tak mungkin terjadi sama sekali. Maaf cakap.

“Kalau orang tak kuat mungkin boleh terus jatuh tersungkur. Tapi saya bersyukur kerana masih dikurniakan ahli keluarga dan sahabat yang menyokong saya,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, tindakan Watie menggunakan nama Hana untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish pada tahun 2005 menyebabkan rakannya itu diisytihar muflis selepas dia gagal membayar pinjaman bank sejak 2010.

 

Sumber: Kosmo Online

Written by: Salma


Previous post