Rasanya satu Malaysia dah tahu bahawa pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila telah pun sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Tetapi apa yang patut menjadi pujian adalah sikap profesional mereka berdua yang sehingga kini, menggalas tanggungjawab dengan baik sebagai ibu bapa kepada Jebat Jayden.
Perkara itu dilihat sendiri di dalam video Instagram Story @littlemisskhan iaitu Ameera Khan, adik kepada Noor Nabila dan pengacara terkenal Neelofa.
Melihat daripada video di Instagram story Ameera, Sharnaaz dan Nabila dilihat meluangkan masa bersama Jebat dengan bermain permainan bersamanya. Alahai cute sangat!
Dipetik dari Berita Harian mengenai komen Neelofa terhafap Sharnaaz dan Nabila,
“Kalau orang datang ke rumah tengok mereka, orang akan ingat mereka masih bersama. Memang tidak nampak hubungan mereka bermasalah”
Tambah Neelofa, dia sangat menghormati Sharnaaz apabila pelakon itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak saudaranya, Jebat Jayden dengan sangat baik biarpun tidak tinggal sebumbung.
“Setiap hari Sharnaaz datang ke rumah meluangkan masa bersama anaknya, kadang-kadang sampai dua kali dalam sehari.
“Jujurnya saya sangat hormati Sharnaaz kerana menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dengan sangat bagus.
Sesetengah orang mungkin berpendapat bila sudah bercerai, keadaan mungkin dah tak akan sama macam dulu. Betul tu, tetapi usaha mereka berdua untuk bersikap profesional dalam mendidik anak mereka patut dijadikan contoh dan tauladan yang baik. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih!
Post comments (0)