Golongan makcik bawang sekarang hangat di perkatakan. Dah jadi macam trend!
Kemana sahaja kita pergi ada sahaja makcik pakcik bawang dalam kalangan netizen nak bergosip itu ini.
Terbaru, pelakon Betty Rahmad yang juga adik kepada sutradara Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida berang di media sosial apabila makcik-makcik bawang suka menyibuk bertanyakan soal berkaitan anak.
Contohnya, bila nak ada isi? Tak mahu bagi adik ke? Dah berdua, bila nak tambah lagi?
Oleh itu, Betty telah ‘sekolahkan’ mereka dengan panjang lebar di ruangan Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/B5VC6RDgwwB/
Dalam dunia cyber yang serba canggih ni netizen semakin berani melontarkan kata-kata. Indvidu yang paling terkesan adalah golongan selebriti lah. Haih…
Bagi Betty, soal hamil lagi cukup sensitif dan netizen sepatutnya memahami tugas membesarkan anak agak mencabar dan tidak semudah yang disangka.
Betty dan suami, Ardy Damis berkahwin pada 4 Februari tahun lalu dan kini mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ardy Wira yang berusia 10 bulan.
Harap-harap mulut puaka di luar sana lebih berhati-hati sebelum bercakap mengenai sesuatu ye. Jangan buat dosa kering…
Post comments (0)