

Tiada pihak perlu mendesak peletakan mana-mana menteri kerana perkara itu kuasa mutlak perdana menteri, kata Menteri Pertahanan Khaled Nordin.
Khaled yang juga naib presiden Umno berkata, terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.
“Kita tahu bahawa soal pelantikan menteri itu (ikut) budi bicara perdana menteri. Jadi tak payahlah (Pemuda Pakatan Harapan) nak suruh mana-mana menteri (letak jawatan).
“Untuk letak jawatan dan sebagainya, dia cakaplah dengan ketua parti dia,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Jentera BN DUN Johol sempena PRN Negeri Sembilan.
Terdahulu, Pemuda PH menyeru semua menteri dan timbalan menteri BN meletak jawatan susulan kerjasama terbuka parti itu dengan Perikatan Nasional (PN) di Johor dan Negeri Sembilan,…