Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak perlu apologetik dukung agenda Bumiputera, kata ahli ekonomi

today24 February 2024

Background


Noor Azlan Ghazali berkata agenda Bumiputera tidak boleh β€˜bermusim’ kerana sangat penting. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Masyarakat Bumiputera tidak perlu apologetik apabila mendukung agenda Bumiputera kerana ia termaktub dalam Perlembagaan, kata bekas pengarah eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi.

Noor Azlan Ghazali berkata kerajaan bertanggungjawab memastikan agenda yang sebahagian daripada Perlembagaan itu dilaksanakan dengan jaya.

β€œJadi tak perlu ada apologetik, tak perlu. Jangan langsung ada sikap begitu kerana kita melihat kepada 70% penduduk negara ini. Sekiranya 70% itu berjaya, selesa, positif tentang kehidupan mereka, saya sangat yakin bahawa 30% lagi itu akan turut merasakan,” katanya di simposium kongres ekonomi Bumiputera.

Perkara 153 Perlembagaan menggariskan kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Noor Azlan menegaskan agenda ini sangat penting maka ianya tidak boleh bermusim.

β€œYang kadang-kadang risau kita ialah ianya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Amirul Aiman