Normal baharu memperuntukkan rakyat Malaysia kini untuk meninggalkan nama dan nombor telefon kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi premis perniagaan.
Ia bertujuan pengesanan sekiranya berlaku perkara berkaitan COVID-19 selain langkah berjaga-jaga yang diambil oleh kerajaan bagi membolehkan mereka dihubungi jika timbul sebarang masalah.
Umum mengetahui, sebelum memasuki sesebuah premis perniagaan kebiasaannya mereka akan meletakkan pen, borang untuk diisi dan juga alat pengimbas suhu.
Namun, dalam situasi getir ketika ini, ramai yang bimbang untuk memegang pen yang disediakan oleh pihak premis perniagaan.
Baru-baru ini tular di media sosial seorang gadis memuat naik satu gambar yang menunjukkan idea bernas daripada seorang pemuda untuk tidak menggunakan pen:-
Ciapan simple yang dimuat naik gadis itu sehingga kini mendapat perkongsian lebih daripada 18,000 pengguna laman Twitter selain menyatakan ia wajar dicontohi oleh orang lain.
Post comments (0)